
Sulit
3 tahun
Adakah boleh ambil vaksi jika sakit kecut buah pinggang dan saluran kencing
Saya lelaki berumur 27 tahun,saya mengalami sakit kecut pada kedua buah pinggang dan juga sakit pada saluran air kencing jika kencing warna kuning,dan juga saluran darah pada sisi kiri kanan zakar juga akan mengalami kecutan seperti nombor 8 ketika ingin menahan air kencing.
Jadi doktor,saya berasa risau jika saya ambil vaksin covid 19 ini masuk ke tubuh saya…
Bagaimana dengan kes saya ini doktor?adakah dibolehkan ambil atau dilarang ambil kerasa risiko akan menyempitkan lagi saluran yang tersumbat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 disarankan untuk setiap individu kecuali mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk kepada ubat-ubatan. Memandangkan anda mempunyai masalah kesihatan, anda berada dalam golongan berisiko tinggi. Anda tidak perlu risau kerana vaksin ini adalah selamat diambil oleh golongan tersebut.
Sebelum pengambilan vaksin, doktor akan membuat penilaian terhadap tahap kesihatan anda dan menimbangkan risiko dan kebaikan vaksin untuk anda sebelum memberi keputusan jika anda boleh mengambil vaksin ataupun tidak.
Kami menyarankan agar anda merujuk perkara ini kepada doktor untuk penilaian selanjutnya dan mendapatkan kepastian mengenai kelayakan pengambilan vaksin ini.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini