
shila_shaari
4 tahun
Adakah boleh berpuasa untuk ibu mengandung hb low
Pagi doktor. Kandungan sekarang 20minggu. Hb saya 11.1. adakah saya boleh berpuasa? Saya pernah ada sejarah keguguran. 2 minggu lepas hb saya drop 10.9. 2 minggu lagi akan ada jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjutan check hb.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, berpuasa semasa mengandung memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Bantuan kami di forum ini adalah terhad kerana anda perlu diperiksa secara fizikal dan klinikal untuk mengetahui sama ada anda boleh meneruskan puasa ataupun tidak. Selain itu, maklumat lanjut mengenai kehamilan anda perlu diketahui juga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan seterusnya berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua mengenai berpuasa semasa sedang mengandung, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.