
Sulit
4 tahun
Adakah boleh hamil jika tidak melakukan penetration?
saya berumur 20 tahun. suami pernah geselkan kemaluan di bhgian luar faraj dan hanya air mazi lepastu saya period. kemudian saya melakukan foreplay dan tidak melakukan penetration atau mengeluarkan air mani berdekatan dgn faraj. Tetapi haid saya datang lambat. dada saya nyeri di kedua duanya sekali. adakah ini berkaitan dgn kehamilan? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, air mazi boleh mengandungi sperma. Sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Oleh kerana anda tidak melakukan penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.