
Sulit
4 tahun
Adakah boleh mengandung jika masih ada dara?
Saya wanita 25 tahun. Telah melakukan hubungan dengan pasangan saya secara tidak bersetubuh. Akan tetapi, pasangan saya terkeluar air mazi/mani dan saya lapkan menggunakan tissue dan secara tak sengaja saya menggunakan tissue tersebut kembali untuk lap faraj saya. Setelah beberapa hari, saya dapati saya terlepas tarikh haid saya. Adakah saya mengandung dan boleh untuk mengandung ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, peratusan untuk anda hamil adalah rendah namun ianya tidak mustahil. Waktu kesuburan anda juga memainkan peranan untuk kehamilan berlaku.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.