
ctazira92
5 tahun
Adakah boleh mengandung selepas gugur
Saya berumur 20an. Pada 22/7 yang lepas saya keguguran. Dan pada 15/8 pula sy telah bersama dengan pasangan saya. Pada hari keesokkan nya saya dapati ada keputihan keluar bersama darah. Tetapi tidaklah banyak darah tersebut. Adakan itu darah nifas yang masih belum habis atau tanda saya mengandung? Boleh ke Spotting berlaku dalam masa satu hari selepas bersama?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda masih berpeluang untuk mengandung walaupun selepas selepas mengalami keguguran. Cecair putih yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan keputihan fisiologi, jangkitan dalam rahim atau jangkitan kulat seperti kandidiasis. “Spotting” atau pendarahan implantasi kehamilan boleh berlaku selepas 2-3 hari persetubuhan kerana ia memakan masa untuk implantasi berlaku.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.