
Sulit
3 tahun
Adakah close contact memerlukan melakukan 2nd swab test
Saya telah disahkan +ve c19 pada 5hb sept…dan memakai gelang pada 7hb di CAC dan akan dipotong gelang pada 13hb sept …ahli keluarga yg lain membuat 1st RTK swab test di CAC pada 8hb dan semua result adalah -ve. Mereka akn potong gelang pada 21hb sept…pertanyaan saya…adakan ahli keluarga saya kena buat 2nd swab test sebelum potong gelang…
Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ialah pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan ahli keluarga anda menjalankan kuarantin kerana mereka ialah kontak rapat anda. Anda ingin mengetahui sama ada ahli keluarga anda perlu mendapatkan ujian swab sebelum mengeluarkan gelang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian swab atas kontak rapat dijalankan sekiranya mereka menunjukkan gejala-gejala Covid-19. Memandangkan ujian swab pertama ahli keluarga anda menunjukkan keputusan negatif, maka mereka tidak perlu mengambil ujian untuk kali kedua. Namun, jika ada antara ahli keluarga anda bergejala, sebaiknya ujian swab diambil untuk mendapatkan kepastian mengenai status jangkitan. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini