
Sulit
3 tahun
Adakah dadah masih memberi kesan pada diri sendiri setelah tinggal 3 tahun?
Saya teman wanita pada lelaki yang pernah mengambil dadah. Dia cerita dengan saya yang dia sekarang mengalami stress kerana ade sesetengah keluarga dia masih marah dan menghukum dia kerana kisah silam dia. Saya risau sebab dia pun kekadang emosi dengan saya…contoh ketika saya sibuk dengan kerja, dia cepat terasa,marah dan menangis dengan saya walaupun saya dah memujuk dengan dia. Adakah ini kesan dadah walaupun sudah tinggal dadah 3 tahun yang lalu? Dr…apa dia perlu buat jika keluarga dia masih tak terima dengan kisah silam dia? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, dadah dapat memudaratkan kesihatan seseorang dan mungkin menyebabkan gangguan pada emosi. Untuk mengetahui punca penyebab masalah teman lelaki anda, dia perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Teman lelaki anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.