
Sulit
5 tahun
Adakah haiwan dijangkiti covid-19
saya ingin kan kepastian… adakah Covid-19 menjangkiti haiwan seperti kucing atau anjing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut Centre for Disease Control(CDC), masih tiada laporan tentang COVID-19 mengjangkiti haiwan peliharaan. Walau bagaimanapun, haiwan peliharaan tetap membawa kuman yang boleh menyebabkan manusia sakit, ia adalah disarankan untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali anda menyentuh kucing atau anjing anda.
- Basuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, makanan dan najis mereka.
- Amalkan kebersihan dan bersihkan haiwan peliharaan anda dengan betul.
- Bawa haiwan peliharaan anda ke klinik haiwan untuk membuat pemeriksaan kesihatan mereka dengan kerap.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini