
Sulit
5 tahun
Adakah hormon sy bermasalah
Assalam…sy wanita berumur 36 tahun. Sy mengalami masalah haid x teratur…pernah x dtg bln hampir 3 bln bila buat urine test,negatif…pergi ke klinik…scan perut semua x de masalah…slps 2 mggu period dtg semula…regular, cuma cepat atau lmbt shj…kebelakangan ini, period sy mula x teratur…sy sepatutnya period 3 sept…but smpi skrg x dtg period…buat urine test, positif utk first test…bila sy check kali kedua,ketiga dan keempat, negatif pula…for record,last period sy adalah pd 20 julai (20-26 /7), then masa ogos dtg period 4 hingga 7 ogos shj,which is 4 hari slps 15 hari cycle…adakah mslh hormon atau mslh lain? Sy mmg plan utk hamil lg…anak sulung dh 6 tahun…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur anda ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Kehamilan - namun paras hormon terlalu rendah untuk diuji
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.