
Sulit
4 tahun
Adakah ianya herpes?
Sy ada sejarah herpes simplex pada 2 tahun lepas selepas bersalin anak pertama. yg membimbangkan saya, sekarang sy hamil lg 29 minggu. dan baru² ni, terdapat biji air di bahagian celah kelangkang saya (3 biji shj) dan biji air tersebut berada di kawasan yg jauh² ( tidak bergumpal sekali). pertanyaan saya, adakah itu herpes? sy tdk mengalami simptom demam, sakit ketika kencing dan lain². atau biji air tersebut hanyalah lecetan drpd seluar dlm saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah herpes simplex, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- tanda-tanda jangkitan bakteria/virus
- gangguan kulit
- komplikasi trauma
- gejala lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.