
Sulit
4 tahun
Adakah ini simptom kancing gigi?
Saya seorang perempuan berumur 21 tahun, saya mengalami ketidakselesaan pada bahagian rahang gigi saya. Di mana, saya tidak boleh membuka mulut saya terlalu luas kerana ia akan menyebabkan berlakunya pergeseran antara rahang atas dan bawah (saya tidak tahu cara nak menggambarkan situasi tersebut secara tepat) kadangkala apabila saya mahu menyuap makanan ke dalam mulut, secara tiba-tiba rahang atas dan bawah saya seperti bergesel. Maksud saya rahang di hujung yang berdekatan dengan telinga. Adakah ini simptom-simptom kancing gigi? Boleh dikatakan saya telah tercucuk jarum halus di jari banyak kali jugalah. Saya harap doktor dapat menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kancing gigi merupakan jangkitan kuman Clostridium tetani, kuman ini selalu memasuki badan manusia melalui luka yang tersentuh dengan tanah yang kotor atau besi yang karat.
Gejala kancing gigi adalah seperti:
- Kejangan rahang (mulut tidak boleh dibuka)
- Kejangan otot badan terutamanya otot besar seperti otot belakang
- Demam panas
- Sawan
- Susah untuk bertelan atau bernafas
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.