Jasnita

5 tahun

Adakah ini tanda awal kehamilan?

Assalam doc,
Sy ada beberapa soalan, sy berumur 25tahun sudah berkahwin 8bulan. Sebelum sy kahwin memang sy kerap kena kencing kotor. Dan sehingga kini sy masih bangun 3 4 pagi utk ke toilet. Adakah normal utk wanita kencing lebih 5 kali dlm sehari dgn kuantiti yg boleh kata sederhana banyak.
Soalan kedua sy, period sy selalu dtg 2hb kini terlewat 2 hari dan sy mengalami cramp di bawah perut sgt kerap dan sakit dan ada kala nya ketika drive sy terasa seperti segugut. Adakah itu tanda awal kehamilan. Minta pendapat doctor. Terima kasih banyak doc

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera.

Kencing kotor secara amnya merujuk kepada jangkitan saluran kencing atau UTI. Antara tanda-tanda jangkitan saluran kencing adalah kesakitan atau kepedihan semasa membuang air, kerap membuang air, perasaan terdesak untuk membuang air, ketidakselesaan d bahagian bawah abdomen, dan air kencing yang berbau, keruh atau kemerah-merahan.

Oleh itu, berdasarkan kenyataan anda di atas, anda mungkin menghidap jangkitan saluran kencing. Namun demikian, terdapat pelbagai jenis punca lain yang boleh menyebabkan perasaan terdesak untuk membuang air pada waktu malam termasuk minum air terlalu banyak sebelum tidur dan pengambilan kafein sebelum tidur. Untuk kebanyakan orang, pembuangan air kecil yang normal adalah antara 4 hingga 10 kali sehari. Oleh itu, kekerapan membuang air kecil anda adalah normal. Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor tentang gejala anda. Jika anda disahkan menghidap UTI, ubatan antibiotik akan digunakan sebagai rawatan.

Untuk soalan kedua anda, kitaran haid yang lewat untuk dua hari sahaja biasanya bukan merupakan masalah yang serius. Haid yang lewat biasanya disebabkan oleh gangguan hormon di dalam badan yang biasanya berpunca dari kekurangan tidur, tekanan emosi, perubahan berat badan mendadak dan sebagainya. Sakit perut anda juga boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Kehamilan yang normal jarang menyebabkan gejala seperti ini tetapi kehamilan ektopik dan kehamilan anggur merupakan dua jenis kondisi berbahaya yang boleh menyebabkan gejala yang sama.

Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca gejala anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)