
Sulit
3 tahun
Adakah iucd punca anxiety
Saya berusia 25tahun dan saya mengalami symptoms seperti jantung laju, sesak nafas, panik, kepala rasa melayang seperti nak pitam dan rasa seperti dh nak mati. Semua ini berlaku selepas sebulan sy memakai iucd. Walaupun iucd ini non hormonal adakah kumprum itu boleh menyebabkan ketidakseimbangan mineral dlm bdn yg menjadikan simpton2 anxiety itu?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, IUCD yang mengandungi hormon levonorgestrel mempunyai kadar peratusan yang tinggi bagi masalah anxiety. Namun perkara ini perlu dibincang dengan lebih mendalam dengan doktor pakar.
Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.