
kingraj
4 tahun
Adakah IVF selamat dilakukan?
Hai doktor, saya dan suami sudah 4 tahun berkahwin namun masih tidak dikurniakan zuriat. Saya ada terbaca tentang IVF boleh membantu. Adakah IVF selamat dilakukan dan dia ada risiko tak?

4 tahun
Hai dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami. IVF (In Vitro Fertilization) ataupun kaedah bantuan persenyawaan merupakan rawatan untuk pasangan yang ingin kan zuriat namun mempunyai masalah kesuburan. Secara amnya, IVF bermakna persenyawaan di luar rahim yang berlaku di makmal. Prosedurnya ialah folikel atau ovum yang dah matang isteri akan diambil dari ovari melalui pembedahan kecil dan dicampurkan dengan sperma suami, kemudian embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim. Satu pertiga yang menjalani kaedah ini akan hamil.
Antara risiko-risiko yang boleh berlaku jika melakukan IVF ialah:
- mengandung kembar. IVF meningkatkan peratus untuk seseorang mendapat kandungan kembar jika lebih dari satu embrio di pindahkan ke dalam rahim.
- kelahiran pramatang. bermakna bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan.
- keguguran
- kehamilan ektopik
- sindrom hiperstimulasi ovari
Namun begitu, ini hanya lah keterangan am tentang isu ini. Sebaiknya saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan pakar sakit puan kerana risiko-risiko yang saya terangkan bergantung kepada beberapa faktor untuk risiko tersebut terjadi dan pemeriksaan perlu dibuat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung di atas talian dengan doktor kami secara peribadi
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda