
Sulit
4 tahun
Adakah kandungan saya normal atau boleh mengalami keguguran
Ikut tarikh hri pertama last saye period 30/12/2020 dan sepatotnya saye sudah 7w1d tetapi apabila saya pegi scan kandungan baru 4w4d. adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penghitungan umur kandungan menggunakan hari pertama haid yang terakhir adalah berbeza dengan umur kandungan menggunakan scan sekiranya anda mempunyai haid yang tidak teratur. Ini tidak menjadi masalah dan perbezaan ini akan diambil kira oleh doktor anda sebelum memberi anggaran tarikh bersalin. Dapatkan keterangan daripada doktor pakar mengenai perkara ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.