
Sulit
4 tahun
Adakah kanser darah boleh sembuh sepenuhnya tanpa chemotherapy
Hi doctor, saya ingin bertanyakan tentang kanser darah… adakah kanser darah stage 1 boleh sembuh sepenuh nya hanya dengan suntikan dan tanpa membuat chemotherapy.??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat tiga jenis kanser darah iaitu leukemia, lymphoma dan myeloma. Manakala, rawatan untuk kanser darah bergantung kepada jenis kanser, usia pesakit, kadar kanser tersebut merebak, bahagian kanser itu merebak serta faktor-faktor lain. Antara rawatan yang lazim diberikan adalah transplan sel stem, kemoterapi, dan terapi radiasi.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih