
Sulit
4 tahun
Adakah kegatalan pada mata tanda resdung?
Saya lelaki awal 20’an, saya mengalami masalah selsema dan bersin pada kebanyakan waktu. Pada waktu malam juga, mata saya menjadi gatal-gatal dan berpasir dan menyebabkan saya sukar membuka mata pada waktu pagi akibat tahi mata. Apakah punca-punca masalah tersebut berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang sinus (sinusitis)
- Allergic rhinitis
- Konjunktivitis
- Periorbital cellulitis (radang di kawasan sekeliling mata)
- Kecederaan pada mata
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah anda. Anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda. Terima kasih.