
Sulit
3 tahun
Adakah kehamilan luar rahim?
Hai doc. Jika tidak berlakunya implantasi atau bercak darah di awal kehamilan adakah ianya salah satu tanda kehamilan luar rahim?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai kehamilan luar rahim. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tidak mengalami pendarahan semasa di awal kehamilan bukanlah bermaksud seseorang itu mengalami kehamilan di luar rahim. Kebanyakan wanita tidak mengalami pendarahan walaupun implantasi berlaku dan ini adalah normal.
Sebaliknya, pendarahan yang berlaku di awal kehamilan atau mana-mana tempoh semasa kehamilan memerlukan pemeriksaan lanjut.
Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim adalah seperti berikut:
- Sakit di bahagian ari-ari ataupun di bahagian kiri atau kanan abdomen
- Sekiranya kandungan semakin membesar:
- Pendarahan
- Loya dan muntah
- Pening atau sakit kepala
- Lemah dan lesu badan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.