
Sulit
5 tahun
Adakah kerap kentut disebabkan oleh masalah pencernaan?
Saya lelaki berumur 38 tahun, masalah saya ialah kerap kentut (hampir 10 minit sekali). Apakah saya mempunyai masalah pencernaan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Sesetengah individu boleh mengalami simptom “flatulence” ini sebanyak 20 kali sehari. Antara penyebabnya ialah:
- Jenis pemakanan : Kekacang, bahan tenusu, minuman berkarbonat atau kafein, gandum, fruktos, glucos
- Radang usus (Inflammatory bowed disease, IBD)
- Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
- Usus tersumbat (Bowel obstruction)
- Alahan terhadap bahan tenusu (Lactose intolerant)
- Kencing manis
- Ulser perut (Peptic ulcer)
Segera berjumpa doktor jika mengalami:
- Sering sakit perut dan berasa perut kembung
- Cirit- birit atau sembelit yang kerap
- Berat badan menurun
- Najis berdarah
- Demam, muntah- muntah, sakit badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.