
Sulit
3 tahun
Adakah masih berisiko
Saya ingin bertanya kpd doktor,Saya dan isteri baru lps kuarantin 14 hari positif covid 19.Adakah selamat utk saya tinggal sekali dgn anak2.Ini kerana anak2 sy negatif covid 19.Saya telah asingkan anak2 dan htr ke rmh nenek mereka.Sy bercadang utk ambil anak2 bawa pulang ke rumah kerana sy dan isteri telah habis kuarantin.Adakah masih berisiko kpd anak2 sy doktor.Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, bekas pesakit Covid-19 yang telah pulih berisiko rendah menyebarkan virus kepada orang lain. Kajian menunjukkan bahawa kebolehjangkitan seseorang individu yang positif Covid-19 menurun kepada tahap rendah selepas 10 hari dari hari pertama gejala. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang sekiranya anda menyebarkan jangkitan kepada ahli keluarga anda.
Sekiranya keputusan ujian Covid terkini anda serta isteri anda adalah negatif, maksudnya anda dan isteri anda berpotensi rendah menyebarkan virus. Anda boleh berinteraksi dan berhubung dengan keluarga anda seperti biasa. Anda boleh bawa anak anda pulang ke rumah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini