
Anonymous
5 tahun
Adakah mengandung atau tidak
Saya wanita dalam 20 an dn kitaran haid saya pertama dulu 1 hari buln atau 2. Akn, tetapi apa bila bulan lalu dn bulan ini kitaran haid saya berubah pd 29 hari bulan pd buln pertama dn pd hari bulan ke 2 pd 28 hari bulan. Adkh saya mengandung atau tidak? Dan saya membuat pengujian hanya mendapat negative. Boleh jelaskan lebih terperinci? Doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda telah mengalami perubahan dalam kitaran haid anda. Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Perubahan jadual harian
- Perubahan emosi
- Stress
- Perubahan berat badan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.