
Sulit
3 tahun
Adakah normal apabila mendengar suara?Apa yang perlu saya buat?
Saya 20.Perempuan. Doktor psikiatri pernah buat screening menggunakan ujian DASS. Dia cakap nak call saya untuk temu janji seterusnya tapi sampai sekarang takde. Saya pernah masuk terapi untuk depresi, tapi kaunselor tu cakap dia tak boleh buat diagnosis. Normal ke kalau dengar suara?Normal ke kalau ada imaginary friend?Saya baca website hospital kerajaan memerlukan surat reference?Saya tak tahu apa yang patut saya buat.Saya tak nak self-diagnose

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan spektrum personaliti
- gejala depresi (kemurungan) disertai gangguan psikotik
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder )
- gangguan mental organik
- gangguan schizophrenia
- atau gangguan yang lain
Akan tetapi, untuk menentukan diagnosis penyakit mental/psikiatri, ianya memerlukan pemeriksaan menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sebaiknya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiaitri jika perlu, sama ada di hospital swasta atau kerajaan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, kami sarankan anda mencuba langkah yang berikut:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Kami juga sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih