
Sulit
4 tahun
Adakah normal kitaran haid terganggu akibat pengambilan ubat antikolesterol
Saya wanita bujang berumur 30thn dan pesakit hypothyroid dan kini bergantung dgn ubat thyroxine sudah hampir 5thun. Baru2 ini saya disahkan oleh doktor menghadapi kolesterol tinggi. Sudah sebulan sy mengambil ubat simvastatin dan saya dapati kitaran haid sy semakin lambat yg mna belum pernah terjadi sebelum ini. Adakah normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, simvastatin mempunyai kesan sampingan untuk menyebabkan haid tidak teratur. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan ubat yang lebih sesuai dengan anda. Antara kesan sampingan statin adalah:
- sakit kepala
- sukar untuk tidur
- mengantuk
- sakit otot
- pening kepala
- loya dan muntah
- kekejangan perut
- cirit birit
- sembelit
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!