
Sulit
3 tahun
Adakah pasangan saya bakal hamill?
assalam doc saya berumur 18 tahun boleh saya tau adakah air mazi di kondom boleh menyebabkan kehamilan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kemusykilan yang anda ada pada masa ini. Untuk makluman pihak anda, air mazi boleh mengandungi sperma. Sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Oleh kerana ianya berada di kondom, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Saya harap saya telah menjawab soalan anda. Jika anda memerlukan penjelasan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.