
irhazidi
3 tahun
Adakah pengidap thalassemia selamat untuk mengambil sebarabg vaksin Covid-19?
Saya bertanya on behalf isteri saya yang mengidap thalassemia. Adakah selamat untuk dirinya disuntik sebarang jenis vaksin?
Adakah ada laporan terkini mengenai simtom-simtom yang dihadapi oleh pesakit thalassemia yang telah disuntik vaksin? Jika ada bolehkah dokongsikan tentang itu bagi tujuan penyediaan diri atau ‘awareness’?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami bahawa isteri anda ialah pesakit thalassemia dan anda ingin mengetahui sekiranya isteri anda selamat mengambil vaksin Covid-19. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini untuk anda.
Menurut data yang sedia ada pada waktu ini, penyakit thalassemia tidak menjadi halangan untuk pengambilan vaksin Covid-19. Sebaliknya, pesakit thalassemia tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapatkan komplikasi teruk sekiranya dijangkiti virus ini. Oleh itu, sebaiknya isteri anda mendapatkan vaksin Covid-19 secepat mungkin.
Kontraindikasi untuk vaksin Covid-19 adalah seperti berikut :
- Individu yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan
- Individu yang mengalami penyakit akut pada waktu suntikan
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda dan isteri anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini