
taufikakeem
3 tahun
Adakah penyakit ini dehidrasi
Doc,saya rasa mcm nak demam tapi tak demam dan mata saya jadi sensitif dgn cahaya mungkin saya terlalu obses dengan gajet sehingga tidur lewat,…tekak saya juga kering lagi2 ketika bangun tidur adakah ini dehidrasi? bagaimana cara mencegahnya,sudah 9 hari saya mengalami perkara ini.Harap dijawab tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui maklumat yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah tekak kering. Kami memahami kegusaran yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Kurang rehat atau tidur
- Gangguan stress dan emosi
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- Terdedah kepada cuaca panas
- bernafas melalui mulut
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit autoimmune seperti sindrom Sjögren’s
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.