skylinerxz
4 tahun
Adakah perlu 2nd swab test?
Isteri saya ada gejala(sakit tekak dan kurang selera makan). Disebabkan isteri perlu masuk ke pejabata pada 5 Aug dan isteri juga ada appoinment dose kedua pada 6 Aug, isteri telah pergi ke klinikl swasta untuk melakukan test RTK dan disahkan positif.
Perlukah saya melakukan swab test kali kedua atau cukup sekadar kuarantin dirumah selama 10 hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memahami isteri anda mempunyai gejala dan telah disahkan positif Covid-19. Anda ingin mengetahui sekiranya anda perlu menjalankan ujian swab memandangkan anda adalah kontak rapat isteri anda.
Untuk makluman anda, garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM menyarankan individu kontak rapat yang bergejala sahaja menjalani ujian swab. Individu yang tidak bergejala perlu menjalankan kuarantin di rumah selama 10 hari sambil memantau tahap kesihatan kendiri. Hal ini demikian kerana kajian menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan virus ini adala sangat rendah selepas tempoh kuarantin. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjalankan kuarantin di rumah dan membuat penilaian kendiri di rumah selama 10 hari. Sekiranya anda bergejala, anda perlu memberitahu kepada petugas kesihatan untuk langkah-langkah lanjut.
Kami turut menasihatkan anda untuk sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan mengamalkan penjarakkan sosial dan pembersihan tangan yang betul. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































