
Sulit
3 tahun
Adakah perlu buat Swab test covid
Hari terakhir jumpa ofismate 16/6…dapat tahu wife dia positif covid 20/6…harini 25/6 ofismate bagitahu result dia pun positif covid…adakah saya perlu buat swab test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang semakin berkembang, lebih-lebih lagi berkaitan potensi kontak rapat atau kemungkinan terdedah kepada jangkitan COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
Akan tetapi, berdasarkan sejarah kontak sahaja, belum cukup untuk menentukan potensi jangkitan COVID-19. Oleh itu, penilaian risiko & gejala serta ujian saringan hendaklah dilakukan bagi membantu pegawai perubatan membuat keputusan.
Sekiranya anda atau ahli keluarga berasa telah terdedah keapda jangkitan COVID-19, anda amat disarankan untuk melakukan ujian saringan COVID-19 melalui beberapa platform yang sedia ada termasuk
- Ujian dari rumah
- Ujian di klinik terdekat
- Ujian secara pandu lalu
- Ujian kendiri air liur
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau klinik/hospital kerajaan yang terdekat untuk maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini