
Sulit
4 tahun
Adakah perlu untuk kuanrintin dan swab test covid 19
Saya mendapat tahu bahawa salah sebuah hospital mempunyai jangkitan covid…kebetulan pula saya telah me gunjungi hospital tersebut.Perlukah saya membuat swab test dan kuanrintin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID memandangkan anda pernah berkunjung ke lokasi berisiko jangkitan. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini