
Sulit
3 tahun
Adakah punca pil perancang
Saya wanita berumur 27tahun. Mempunyai anak seorang berumur 2tahun 9bulan. Saya dalam perancangan untuk hamil. Masalah sekarang period saya jadi tidak teratur selepas berhenti mengambil pil perancang. Dalam tempoh pengambilan pil, period saya regular setiap bulan (28hari). Pada bulan pertama selepas berhenti period mula berubah kitaran selama 38hari. Seterus nya 67hari dan 58hari. Kali terakhir datang period pada 16/4/2021 , jadi sekrang sudah 59hari belom datang period. Sepanjang tempoh 7bulan ini , baru 3kali datang period. Adakah disebabkan dari pil perancang sebelum ini?
Saya juga mengalami pertumbuhan jerawat yang sangat ketara pada muka. Dan sakit di bahagian tepi perut. Harap doc boleh bagi penjelasan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur, kali terakhir haid adalah pada bulan april yang lalu dan sehingga kini masih belum didatangi haid. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.