
Azlan
6 tahun
Adakah punca sakit belakang saya ini akibat selalu tunduk masa pakai laptop?
Salam doc, saya bekerja di pejabat dan sering menghadap laptop ketika bekerja. Dan baru-baru ni saya punya tengkuk rasa sakit sangat. Saya cuba dah urut-urut sikit belakang ni, tapi tak jalan. Ke mungkin sebab selalu tunduk masa pakai laptop tu? terima kasih doktor

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda.
Salah satu masalah yang paling biasa dihadapi oleh individu yang bekerja dengan komputer riba, tablet dan smartphone adalah keadaan yang diketahui sebagai ‘upper crossed syndrome’ dalam dunia perubatan atau ‘text neck’ kepada orang awam. ‘Text neck’ menyebabkan kepala anda mula mencodong ke hadapan secara kekal dan postur anda mula menyamai zirafah.
‘Text neck’ boleh dirawat dengan beberapa senaman ‘stretching’ yang boleh dilakukan di pejabat anda. Pakar terapi fizikal mencadangkan pekerja yang sebegini harus mengambil istirehat sewaktu kerja setiap 45 minit untuk melakukan senaman tersebut.
Anda perlu membuat perubahan pada tempat kerja anda di pejabat. Jadikan kawasan kerja anda lebih ideal dan ergonomik untuk membantu meredakan sakit anda. Apabila menggunakan komputer riba atau tablet anda, jika boleh, selalu gunakannya atas meja. Ini akan membantu anda membetulkan postur anda. Pastikan anda duduk dengan lurus, kepala anda dilaraskan dengan skrin komputer, jangan membongkok ke hadapan. Bahu anda harus longgar dan relaxed dengan siku anda dekat pada badan anda.
Kesakitan yang anda hadapi sememangnya disebabkan oleh postur anda yang tidak natural pada tubuh. Perkara ini perlu ditangani dengan segera sebelum postur anda menjadi kekal sebegitu. Semoga penjelasan ini memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada masalah anda.