Sulit
5 tahun
Adakah result positive or negative corona di peroleh pada masa satu hari?
Saya mengenali seorang yg pergi tabligh, dia berada di kampung sekarang. Kata nya dh pergi check dan peroleh negeatif . Ada result terus dpt on the spot?
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, keputusan ujian mengambil masa 24 jam atau 48 jam bergantung kepada hospital yang dihadiri. Namun, ia tidak boleh didapati serta merta. Nasihat peserta tabligh untuk benar-benar hadiri pemeriksaan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































