
Sulit
4 tahun
Adakah risiko untuk saya hamil tinggi
Saya wanita 18th. Semalam (2/2) saya bersama pasangan saya tanpa sex protect. Petang tadi (3/2) saya ambil pil postinor dan selepas saya ambil pil itu, saya bersama pasangan saya lagi pada jam 9 malam. Adakah saya akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan bukannya diambil setiap hari untuk merancang kehamilan. Ia berfungsi dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Informasi dengan lebih lanjut tentang Pil ini boleh didapati di bawah.
- Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.