
Sulit
4 tahun
Adakah sakit kepala sinus boleh hilang dengan sendirinya?
Saya seorang lelaki beumur 33 tahun dan ingin bertanya tentang adakah sakit kepala sinus boleh hilang dengan sendirinya? mohon pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala sinus boleh hilang dengan sendirinya tetapi ia akan mengambil masa untuk pulih. Sakit kepala sinus berlaku disebabkan jangkitan pada sinus dan ia boleh dirawat dengan antibiotik.
Simptom-simptom biasa termasuklah hidung tersumbat, hidung berair, tekanan ke atas muka dan dahi. Kesakitan selalunya meningkat pada waktu pagi dan menjadi lebih teruk dengan pergerakan kepala dan apabila menunduk atau baring. Sakit kepala ini akan hilang apabila jangkitan sinus sembuh atau jangkitan bakteria dirawat sewajarnya.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.