Sulit
4 tahun
Adakah saya ada masalah psikologi?
Saya wanita berumur 21 tahun. Masalah saya sejak berumur 17 tahun. Mula2 setiap kali saya ingin marah atau nangis tapi nak tahan saya akan pegang kepala saya kuat2. Tetapi makin lama makin teruk seperti mengetuk kepala guna tangan atau ketuk di dinding tetapi jarang2. Selepas umur saya meningkat 21 tahun penyakit itu semakin teruk dia seolah2 kalau saya tak ketuk kepala saya tak akan tenang tetapi saya tak buat dihadapan orang lain. Adakah itu berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,ia boleh merupakan masalah psikologi di mana apabila anda sudah terbiasa melakukan perkara tersebut sejak kecil, anda akan terus melakukannya untuk waktu yang lama. Ia merupakan perkara yang merbahaya kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan kepala. Anda haruslah mengawal diri anda apabila perasaan tersebut datang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























