
Sulit
3 tahun
Adakah saya benar2 dipression dan hospital @ klinik kerajaan mana perlu saya pergi
Saya terlalu lama pendam masalah bersama suami…saya rasa seolah olah didera mental sbb suami agak kasar bahasanya wlpun tak pernah naik tangan…hanya 1x cekak baju/lehar sy dlm tempoh 8tahun perkahwinan…kata2 suami yg kasar selalu menyakitkan emosi dan mental sy… akibatnya sy terlalu sedih dan kerap menangis walaupun hal kecil…sy cuba elakkan tapi sy akan menangis walaupun di tempat org ramai air mata akn keluar…susah nak tidur…terlalu letih…tapi masih perlu urusan hal rumah dan ank2 sendirian…(suami dengan tiap mlm keluar dgn kawan)dan sy masih bekerja seperti biasa…kadang2 di pejabat juga air mata mngalir…jantung rs laju…adakah sy benar2 dipression? Hospital atau klinik kesihatan mana yg akan layan?dan ubat apa yg sesuai utk sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Antara tanda-tanda kemurungan adalah:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan
bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.