
Sulit
5 tahun
Adakah saya berkemungkinan untuk dijangkiti COVID-19 setelah saya
Adakah saya berkemungkinan untuk dijangkiti COVID-19 setelah saya menemubual seorang klien yang terlibat dalam perhimpunan tabligh di Sri Petaling bulan lalu. Klien tersebut tidak menunjukkan simptom-simptom seperti batuk dan sebagainya. saya juga memakai topeng muka dan memakai sanitizer. Saya juga tidak mempunyai simptom yang ketara seperti demam panas,sesak nafas etc. Cuma saya risau adakah saya boleh dijangkiti walaupun saya sudah memakai topeng muka semasa menebual dengan klien. Saya harap pihak doktor dapat memberi jawapan terhadap soalan saya.

5 tahun
Untuk makluman anda, pengunaan topeng muka bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Namun risiko masih ada melalui jangkitan cara lain.
Untuk pengesahan lanjut, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini