
Sulit
4 tahun
Adakah saya boleh hamil jika ada cyst dan fibroid
Selamat pagi doktor. Saya baru berkahwin pada tahun lepas bulan 12/2020 dan kawin pada umur 35 tahun. Sebulan lepas saya pergi checkup dan terdapat cyst bersaiz 4cm serta fibroid. Sekarang hari ke 13 selepas period tetapi ada keluar darah sedikit. Adakah kesan dari cyst dan fibroid dan adakah perlu saya membuat iperatiin untuk buang cyst dan fibroid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, wanita masih boleh hamil walaupun mempunyai cyst dan fibroid. Tetapi perkara ini perlu diperiksa dengan rapi oleh doktor terlebih dahulu. Selain itu, kitaran haid dan status kesihatan anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.