Sulit
4 tahun
Adakah saya Haid atau Fibroid?
Saya berumur 38 tahun… saya mengalami masalah ketidak seimbangan hormon… kitaran haid yang tidak tetap… Hari ini Adakah Hari ke 12 saya haid Dan darah masih lagi banyak… saya telah rujuk ke klinik swasta Dan Dr telah memberi saya pil tranexamic acid 250mg untuk pendarahan haid saya, namun pil tersebut tidak memberi apa-apa kesan… setelah pil tersebut habis, kini perut saya terasa pedih… Adakah saya haid atau Adakah itu sintom fibroid Dan berbahayakah?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.