
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil sama ada tidak
Hai doc saya ingin bertanya apakah saya boleh hamil selepas bersetubuh dengan suami saya.tamat tempoh haid saya pada 27 March selepas seminggu lebih Kami bersetubuh kerana ingin cahaya mata yg kedua Dan selepas 3 minggu lebih pada 30april saya datang haid apakah saya hamil atau tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kehamilan boleh berlaku sekiranya dilakukan pada hari yang subur dan hari subur seseorang wanita dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti hormon dan kitaran haidnya. Namun begitu, haid yang disebutkan oleh anda perlu diketahui dengan lebih lanjut untuk menentukan sama ia adalah benar-benar darah haid ataupun pendarahan spotting.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja. Pertanyaan sejarah kesihatan perlu diketahui dengan lebih lanjut terutama sejarah kitaran haid anda. Selain itu, ujian kehamilan dan pengesahan kehamilan juga perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.