
Sulit
4 tahun
Adakah saya mati pucuk pada usia muda sob sob
Saya lelaki berumur 22 tahun, kerap beronani tapi sudah berhenti setelah mendapati beberapa perkara yang berlaku.
- Pancut awal
- Kemaluan tidak tegang
- Air mani yang dikeluarkan tidak banyak
Adakah saya mengalami mati pucuk atau ejakulasi pramatang? Adakah perkara ini boleh dirawat kerana saya berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan… mohon bantu saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami anda, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Lazimnya kemaluan yang sukar untuk mendapatkan ereksi boleh dikaitkan dengan tanda-tanda awal mati pucuk.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- kerana gangguan atau penyakit tubuh
- akibat dari tabiat onani yang melampau
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat & mati pucuk & adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat menggangu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat menggangu sistem saluran darah)
- Jauhi tabiat yang buruk
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawtaan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.