
Sulit
4 tahun
Adakah saya mempunyai anxiety atau masalah lain?
Saya wanita dan seorang pelajar sekolah.Saya pendiam daripada kecil dan tak biasa untuk bercakap dengan orang.Sejak saya dimalukan oleh guru saya di sekolah dan di hadapan semua murid saya jadi lagi pendiam, selalu overthinking, takut dan malu untuk bercakap dengan orang. Tangan saya juga selalu bergetar apabila saya rasa takut.Disebabkan ini saya jadi susah untuk belajar dan sejak pkp saya sangat takut untuk menghadiri kelas di google meet.Saya juga menangis hampir 3 minggu sebab sekolah dah nak buka dan saya tak dapat belajar seperti pelajar lain.Adakah ini perasaan yang normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor. Namun begitu, perasaan yang anda alami adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan doktor secepat mungkin supaya masalah yang dihadapi oleh anda dapat ditangani.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Tekanan emosi
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran:
- Massalah keluarga
- Masalah dengan orang sekeliling
- Persekitaran yang kurang ceria dan sihat untuk diri anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.