
Sulit
3 tahun
Adakah saya mempunyai masalah mental atau kemurungan?
saya seorang pelajar berumur 15 tahun,ayah saya selalu kerja,keluarga saya selalu bergaduh.Saya sekeluarga x pernah pergi bercuti ke luar negeri disebabkan kerja.Saya asyik terfikir bilalah keluarga saya nak bahagia macam orang lain dapat pergi bercuti.Saya asyik terfikr tentang saya nak bunuh diri,pastu saya suka tengok cerita tentang bunuh diri.Saya asyik terfikir tentang kisah silam saya,saya asyik termenung sambil berfikir.kadang2 saya bercakap sorang2,kadang2 dgn haiwan peliharaan.Sejak pkp ni saya sering sakit kepala pastu rasa macam nak pitam apabila saya marah,saya juga malas nak buat kerja sekolah yg diberi oleh cikgu,saya pun x tau lah kenapa dengan saya ni.Kalau saya sakit pun saya takkan beritahu mak dan ayah saya pun sebab mak dan ayah saya x percayakan saya.Haritu saya sakit dada pukul 2,3 pagi ayah dgn mak saya bawak lah gi klinik pastu waktu nak bayar bil tu mak ayah saya cakap ia je sakit dada tengok sihat je pastu saya pun cakaplah betullah…balik tu mak saya marah saya…pastu apa lagi sejak itulah bila saya sakit saya takkan beritahu mak ayah saya lg dan x kan makan ubat lagi…kalau mak saya suruh makan ubat saya akan buang ubat tu secara senyap…cuba kalau abang ke adik beradik saya saki bukan main lg bawak gi klinik sanggup bayar bil rm200 ke 300 time saya sakit harga lebih kurang je rm110 je tu pun nak marah saya.Sampaikan saya rasa mak dan ayah saya x suka saya dah…cuba kalau adik saya main fon lama bagi kalau saya main fon x bagi sekejap je mak saya bagi macam mana x cemburu mentang2 saya sorang je anak permpuan dalam rumah 4 anak lelaki tu bukan main lg.Ini pun saya buat ni x bagitahu mak dan ayah pun bukannya dia kisah kalau saya bagitau atau percaya sebab tulah saya buat tak bagitahu mak dan ayah.Adakah saya ade masalah mental atau kemurungan kalau betul ada x ubat atau rawatan yg patut saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kemurungan boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah:
- Sejarah kemurungan diri atau keluarga.
- Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit tertentu seperti diabetes, kanser, penyakit jantung dan penyakit Parkinson. Selain itu, kemurungan yang dialami boleh mengakibatkan penyakit ini menjadi lebih teruk.
- Trauma, tekanan atau perubahan besar dalam hidup seseorang.
- Penggunaan media sosial yang keterlaluan, terutamanya jika melibatkan buli siber.
Tanda dan simptom kemurungan berbeza mengikut individu, terdapat individu menunjukkan tanda yang kurang, manakala ada yang banyak. Contohnya, sesetengah individu yang mengalami kemurungan mungkin berasa sedih, manakala yang lain tidak. Tanda dan simptom boleh berbentuk fizikal atau emosi. Beberapa tanda dan simptom umum kemurungan adalah seperti berikut:
- Berasa sedih, hampa atau risau
- Mudah berasa jengkel
- Berasa tidak berupaya, tidak berharga atau bersalah
- Kurang berminat dalam menjalankan aktiviti
- Kurang bertenaga
- Berkomunikasi atau bergerak lebih lemah daripada biasa
- Kegelisahan
- Sukar memberikan tumpuan
- Perubahan dalam corak tidur
- Perubahan selera atau berat badan
- Perasaan atau percubaan membunuh diri
- Rasa sakit yang sukar digambarkan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.