
Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami eye strain?
Hi Dr. Bahagian bawah mata kanan saya sangat sakit apabila kelip mata/sentuh. Saya seorg pelajar dan terdedah dgn cahaya komputer. Saya juga allergic to seafoods. Jadi, adakah saya mengalami eye strain dn allergic ni juga salah satu punca menyebabkan mata saya sakit? Adakah tidur yg cukup membantu saya utk mengurangkan sakit atau saya perlu refer klinik/hosp berdekatan utk tindakan lanjut? Thank you in advance Dr ;’) Have a nice day.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi . Untuk pengathuan anda, antara simptom untuk eye strain:
- pandangan kabur
- sakit kepala
- mata berair
- sakit dan mata terasa gatal
- menganggu fokus
Lihat di sini untuk penjagaan mata yang baik dan sihat!
Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda .