
Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami gangguan mental?
Assalamualaikum Dr. Kini saya berumur 19 tahun, saya mengalami perubahan yang besar dalam hidup sejak saya berusia 16 tahun sehinggakan saya rasa diri saya mengalami masalah kemurungan disebabkan oleh beberapa situasi peribadi dan masalah dalam keluarga. Pada ketika itu saya telah memaklumkan kepada ibu bapa tetapi mereka menafikan masalah yg saya hadapi. Kini apa yang menjadi masalah utama sepanjang hidu saya adalah saya merasa terlalu takut dan risau dengan perspektif orang terhadap saya. Saya juga lebih banyak menyalahkan diri sendiri ketika berlaku perselisihan faham. Selain itu, hubungan saya dengan orang sekelilong tidak begitu berjalan lancar kerana mereka berpendapat yg saya kurang menzahirkan perasaan saya. Sebagai contoh, mereka rasa saya kurang mengambil berat terhadap diri mereka. Saya juga sukar setiap kali ada yg bertanyakan mengenai perasaan saya. Kalau sedih saya akan kata sedih tapi jika ditanya kenapa saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan apa yang saya rasa, saya tak jumpa ayat yang terbaik utk saya luahkan kepada mereka. Saya juga mengalami kesukaran apabila ditanya tentang emosi yg saya rasakan. Kenapa ya Dr ketika saya menangis, saya dpt rasakan satu kesakitan yg terlalu dlm berhampiran jantung saya ? Untuk pengetahuan Dr, saya ada juga membaca mengenai penyakit Alexythemia dan adakah ia berkaitan dengan masalah saya ? Saya rasa utk masa terdekat saya tidak dpt berjumpa dengan mana-mana psikiatri kerana saya masih duduk bersama ahli keluarga yg lain. Saya harap melalui cara ini saya dpt memastikan dan mengetahui apa permasalahan sebenar yg dihadapi oleh saya. Ia amat menganggu kehidupan saya terutama apabila berhadapan dengan orang lain yang menganggap saya tiada perasaan sedangkan saya merasakannya cuma tidak dapat menzahirkan melalui riak muka dan kata-kata. Terima kasih atas bantuan Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Terdapat beberapa tanda daripada kemurungan. Antaranya adalah:
- Merasa sedih, hampa dan risau
- Merasa bersalah dan tidak berharga
- Kurang berminat dalam beraktiviti
- Mudah berasa jengkel
- Tidak bersemangat
- Ada perasaan ingin bunuh diri
- Kurang bertenaga
- Sukar untuk tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri