Sulit
4 tahun
Adakah saya mengalami kemurungan?
Hi, saya wanita dalam umur 20an. saya nak tanya adakah tanda2 kemurungan termasuk cepat lupa, hilang fokus, selera makan kadang2 menaik, kadang2 menurun,kadang2 mengelamun tu pernah imagine yang saya ni nak campak anak2, nak buang anak2 sedangkan saya sayangkan anak2 saya, saya kalau gaduh dengan suami pernah saya nangis macam nak jerit2, tangan atau badan saya macam tiba2 jadi keras, cakap pun meleweh… tolong bagi pencerahan tentang isu saya ni, terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan setiap individu akan menunjukkan gejala dan tanda yang berbeza. Oleh itu, pemeriksaan perlulah dibuat terlebih dahulu.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Masalah dengan struktur otak dan gangguan neurokimia
*Persekitaran: - Masalah perhubungan
- Persekitaran yang kurang ceria
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.



























