
Sulit
4 tahun
Adakah saya mengalami postpartum depression setelah melahirkan anak 2 tahun yang lalu?
Salam/hai doc…saya wanita berumur 27 tahun. Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun 4 bulan. Biasa la budak banyak ragam. Lately, Anak saya kerap terjaga malam. Hal ini telah membuat saya sangat letih. Sudah banyak kali saya fikir untuk buang anak, bunuh anak, dan mencederakan anak. Tapi perkara yang paling teruk saya buat , saya cubit kuat2 dan saya pukul dia menggunakan kain. Tindakan saya on the spot. Untuk pengetahuan doctor, dalam berpantang 2 tahun lepas sy memang sgt teruk sebab saya urus anak sorang diri dan saya perlu uruskan hal rumah dan makan saya sendiri.Saya nak bertnya, adakah sy meroyan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah menyesuaikan diri dengan situasi baru (adjustment disorder)
- kemurungan (depression)
- meroyan (post partum psychosis)
- baby blues
- masalah thyroid (hypothyroidism)
Lazimnya, meroyan dan baby blues biasanya berlaku apabila anda telah melahirkan anak manakala kemurungan biasanya mempunyai simptom seperti
- berasa tiada harapan
- biasa diri tidak berguna
- masalah dengan tidur dan selalu terjaga di awal pagi
- mood sentiasa sedih berpanjangan
- menangis tanpa sebab
Buat masa ini, encik haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih