
Sulit
4 tahun
Adakah saya mengandung kerana lewat haid
saya telah mengalami kelewatan haid selama beberapa haid dan pada waktu pagi ada terasa seperti ingin muntah-muntah. saya telah melakukan hubungan bersama pasangan tetapi hanya di bahagian luar faraj sahaja.pasangan tidak mengeluarkan air mani mungkin hanya air mazi sahaja. adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak kerana maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda dan juga pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dibuat terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.