
Sulit
3 tahun
Adakah saya menghidap gerd
Saya usia 40an, ada masalah pada perut, pedih ulu hati, sakit dada, sesak nafas, batuk, sakit kepala, berdebar - debar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan maklumat yang telah diberi, anda sedang menghadapi masalah pada perut, pedih ulu hati, sakit dada, sesak nafas, sakit kepala dang berdebar-debar. Anda juga ingin mendapat kepastian sekiranya anda sedang menghidapi GERD. Saya akan cuba menerangkan tentang situasi anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan terjadinya simptom-simptom diatas, antaranya:
- Keradangan perut
- Penyakit jantung
- Cholelithiasis
- Peptic ulcer
- Esophageal spasm
- Penyakit Koronari
- Keradangan esofagus
- Migrain
- Penyakit berkaitan paru-paru
GERD adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuantiti asid yang berlebihan dari dalam perut dan menyebabkan kemuntahannya. Simptom-simptom lain yang boleh disebabkan oleh GERD adalah seperti berikut:
- Muntah
- Sukar menelan
- Sakit tekak
- Berasa seperti makanan tersekat di tekak
- Hilang selera makan
- Mulut berbau
Sebaiknya anda bercakap dengan doktor untuk membincangkan keadaan kesihatan anda dengan lebih terperinci agar dapat mengesan diagnosis sebenar.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu anda. Sekiranya memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar gastroenterologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi