
Sulit
3 tahun
Adakah Saya mengidap Gerd anxiety , gastrik atau masalah jantung
Saya lelaki berusia 29 tahun 11 bulan dan skrng berasa di Australia…5hari yang lepas Saya diserang Satu perasaan yg Teramat menakutkan seperti ingin meninggal dan Pada masa itu jantung saya berdengut dengan kencang…dan pada masa yg sama perut saya penuh dengan angin…lalu saya ke hospital di Australia…doc membuat Blood test 2x dan ECG Test 2 kali…doc kata jantung saya normal…selepas itu sebelum dan selepas bangun tidur saya sering merasakan sesuatu yg x kena di bahagian dada dan jantung saya dan sering merasakan resah…sekarang apabila saya habis makan perut saya akan penuh dengan angin…sering sendawa dan kentut…air kencing saya kadang2 kuning pekat…dan harini saya rasa gatal ruam2 dan seperti deman ringan…dan saya check kadar denyutan nadi saya secara sendiri denyutannya 97-109 seminit kemudian saya merasakan sngat resah…adakah saya cuma ada masalah percernaan atau jantung doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda menyatakan bahawa anda telah melakukan blood test dan ECG test sebanyak dua kali dan kedua-duanya menunjukkan hasil yang normal. Untuk makluman anda, boleh jadi anda mengalami gejala anxiety. Antara gejala dari anxiety adalah:
- Merasa gelisah terus-terusan tanpa alasan yang jelas.
- Jantung berdebar-debar atau detak jantung meningkat.
- Napas tersengal-sengal atau memburu.
- Berkeringat dan gemetar.
- Tangan dan kaki terasa kram, kesemutan, atau bahkan mati rasa.
- Kesulitan mengendalikan ketakutan atau kecemasan.
- Otot tegang.
- Mengalami gangguan tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri